student life

student life

Wednesday 30 November 2011

UMT ku yg 'mesra alam'...

ular kat jalan biawak....biawaknye tak dapat nak ambik gamba lg..hehe

ular kat susur gajah nak pi Library - beware la klu lalu sini hohoho
jangan jln dekat-dekat sangat dengan tiang..hehehe



Musang kat koridor kat asrama lama.....COMEL kan!!!!! :p


Last but least, memperkenalkan BOBO!!!!! (tepuk2), kucin paling terkenal di seantero kawasan asrama UMT- mgkin juga dikenali dgn nama lain..hehe...

Suatu hari di dalam UMT ;)



Action speaks louder than words.....huhuhu...;p

Tuesday 29 November 2011

COUPLE, DOUBLE--> TROUBLE

Pernah couple?  tengah couple? atau tak pernah couple tapi teringinnnnnn nak couple?????




HaA....yang bagi golongan yang terakhir tu....pesanan penulis, STOP!! hentikan kehendakmu itu....

Memang couple ni bukan la benda asing dalam masyarakat remaja sekarang ni, tapi.........ketahuilah,TAK berCOUPLE tu jaoOOOoOOHhhhhhhHHHhhhh lagi baik dari bercouple.....

(eleh die ni cakap macam tahu-tahu je) YE!!! Memang tahu!!! Petikan ni BERDASARKAN KISAH BENAR ok....tiada yang lain melainkan yang benar-benar belaka....

Pengalaman sebenar penulis yang pernah terjebak di alam per'kapel'an & pengajaran yang dapat diambil yang ingin dikongsi bersama....

Simple je:
 korang rasa bila couple ni lagi tenteram hidup ke?? 
No Offence, but seriuosly i dont think so.. korang bukan sahaja membazir masa, duit & perhatian pada orang yang belum ada apa2 ikatan yang SAH...kajian (pengalaman penulis) menunjukkan yang dengan bercouple kebarangkalian untuk menangis, sakit hati & hilang fokus dalam pelajaran jaoh lebih tinggi daripada hidup single.....

I know...i know... kadang-kadang rasa hati ini mendesak-desak inginkan perhatian & kasih sayang dari kaum yang berlawanan jenis....this is normal....tapi...janganlah ambil jalan yang mudah dengan bercouple....ambilla jalan yang lebih mahal & bermakna dengan BERKAHWIN...its more worth it...jangan jadi cheap sale la.......

MORE IMPORTANTLY...JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI.....



Ok kawan-kawan, the choice is yours.....whether you want to be:
  •  Cheap 
OR 
  • Precious well kept high quality product.....which of course will be expensive...and highly appreciated....
~ p/s : Common user thought, you get what you pay for..

Monday 28 November 2011

JoM Uji MinDa....

Hai semua..Jom uji minda korang semua...he3..




Ok cuba korang perhatikan gambar kat atas tu.

Sekarang korang cuba sebutkan warna perkataan tersebut. Jangan sebutkan perkataan tu tau. Tapi sebutkan warna je.

Susah tak? Mesti korang pun pelik kan. Kenapa susah sangat nak sebut warnanya?

Nak tahu jawapannya?

Hal ini berlaku kerana otak sebelah kanan sedang mengenalpasti warna dan otak sebelah kiri sedang mengenalpasti perkatan.

Sunday 27 November 2011

Keindahan MasJiD D' Terengganu....

Kali ini kami akan memaparkan gambar menarik mengenai masjid di Terengganu...Di sepanjang jln ke Terengganu terdapat banyak masjid yang mempunyai rekabentuk yg menarik. Kami tertarik dengan seni bina masjid tersebut...

    Masjid Bandar Marang Terengganu

    Masjid Besut

                                                               Masjid Geliga Kemaman

                                                                   Masjid Terapung

                                                                     Masjid Kristal

Sekadar BerKoNgSi ilmU...

MENGUAP

Perasan tak kalau satu orang menguap, orang lain pun ikut menguap juga ?
Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap.


Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga.
Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu, boleh nampak kucing tu pun menguap.



Kenapa kita menguap ?
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.

Kepercayaan orang dahulu kala
Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.


So kenapa menguap boleh berjangkit ?

Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.


Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunisai kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.

Saturday 26 November 2011

Sedetik,Sesaat,Seminit,Sesejam Bersama...

Kami memang begini...Inilah kami..


Dyla, Umie, E-Cha : Bergambar amat bermakna bagi kami 

Umie, Ieda, Dyla, Piqa : Sentiasa mementingkan gaya dari keadaan sekeliling

Ieda, E-Cha : Muka lagi bermakna dari kertas yang dipegang (yang sepatutnyer kene study!!)

E-Cha, Ieda, Umie : Payung biru sentiasa diutamakan 

SAMBUTAN HANGAT MAAL HIJRAH DI UMT - 1433H


Keadaan kaki lima luar surau al irfan yang dibanjiri

 Limpahan jemaah dalam surau sampai ada yang duduk di kawasan berwuduk (kawasan berpetak biru-merah)

 Kawasan kaki lima hadapan surau 

 Ni kat luar surau ni..kat kaki lima depan tangga, ish3..semangat betul diorang datang sampai sanggup duduk kat luar surau sebab dalam dah penuh


Keadaan di dalam surau al irfan di UMT yang dipenuhi jemaah

Salam awal muharram!!!  Semoga tahun baru islam ni menjadi tahun yang jauh lebih baik berbanding tahun yang sebelumnye bagi semua pelajar islam UMT….insyaAllah….tahun ni sambutan untuk malam tahun baru islam SANGAT hebat & dahsyat..huhu…(& men'jeles'kan hati buat yang tertinggal..huu…isk3). Melimpah-limpah jemaah yg hadir untuk menyambut malam yg istimewa ni….Inilah pertama kali penulis tengok fenomena macam ni di surau umt…semoga ade manfaatnye bg mereka yg hadir…:)

Pantai Tok Jembal dalam kepupusan....

Pantai tok jembal ni memang tempat paling paling fevret budak umt lepak….sebab dekat aje pon, jalan kaki pon dah boleh sampi dari asrama umt…..boleh ambil angin……tengok keindahan alam…makan2 kat gerai…popular spot untuk berendut pon iye jugak…isk3….baru-baru ni taman permainan pon ade ditambah jugak dekat sini……(bolelah kalau nak main-main mgenang kembali nostalgia masa jadi budak-budak dulu- pengalaman sebenar penulis..hehe). Agak-agak time tengah stress lepas study atau boring-boring nak cuci mata tu memang kesini la biasanya pelajar-pelajar umt pergi…(pilihan utama bile poket kempis sebab pergi pantai ni free je - kalau tak ke Mydin atau Giant ler jawabnya huhu) 

TP……………………………………

Tak tahulah sampai bila keadaan ni boleh kekal…… :’( kuasa alam….tiada siapa dapat mengawalnye…….pantai UMT kegemaran ramai ni sedang dilanda ancaman hakisan pantai.....sedikit demi sedikit kawasan pantai dah dihakis & dimakan laut.....mungkin satu hari nanti, tiada lagi dah kawasan pantai UMT ni....sape tahu? Lihatlah dunia........:

Tergolek dah haa pondok kat belakang nu..macam pondok mainan pulak boleh senget-senget...huhu


Pantai Tok Jembal sebelum hakisan pantai.....perhatikan keadaan pondok sebelum hakisan.....


Keadaan pondok selepas hakisan.....


Inilah keadaan sebahagian dari pondok yang ade di pantai tok jembal yang dah ditenggelami air….dahsyat2…moga2 lepas ni kuranglah sikit pasangan 'couple' yang berdating kat pondok-pondok kat pantai tu..hehe….kalau boleh biar diorang takut terus nak ber'dating' kat pantai...mugkin ini kot salah satu hikmah kejadian alam ni….:p

Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari alam sekeliling sehari-hari….

Dunia ni akan hancur jugak satu hari nanti........hanya masa yg menjadi pengukur….............mungkin ni salah satu tandanya? fikir-fikirkan..

Tuesday 22 November 2011

KaMi BanGga JaDi RakYat MaLaySia.....

              2 hari lepas,  22.11.11 merupakan hari kemenangan buat Malaysia melalui perlawanan Sukan Sea ke XXVI apabila negara kita berjaya menewaskan pasukan garuda dari Indonesia..Perlawanan berlanggsung di Stadium Gelora Bung Karno. Skuad Harimau Muda telah menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti. Kejayaan ini telah menyumbangkan satu pingat emas bagi skuad Malaysia..

                         Walaupun kami tidak menyaksikan perlawanan tersebut melalui kaca television mahupun pergi ke stadium tersebut tetapi kami mengikuti perkembangannya melalui laman seasawang iaitu muka buku,..he3..Kami menjadi semangat apabila terdengar sorakan dari pelajar UMT sendiri....Sorakan yg kuat kedengaran di Kolej Kediaman membuatkan kami seperti berada di Stadium..he3..

                          Kami berasa bangga dengan penjaga sensasi gol kita iaitu Mohd Khairul Fahmi Che Mat kerana berjaya menjarigkan gol dan melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut..






p/s: Tahniah buat Malaysia...