student life

student life

Saturday 26 November 2011

Sedetik,Sesaat,Seminit,Sesejam Bersama...

Kami memang begini...Inilah kami..


Dyla, Umie, E-Cha : Bergambar amat bermakna bagi kami 

Umie, Ieda, Dyla, Piqa : Sentiasa mementingkan gaya dari keadaan sekeliling

Ieda, E-Cha : Muka lagi bermakna dari kertas yang dipegang (yang sepatutnyer kene study!!)

E-Cha, Ieda, Umie : Payung biru sentiasa diutamakan 

SAMBUTAN HANGAT MAAL HIJRAH DI UMT - 1433H


Keadaan kaki lima luar surau al irfan yang dibanjiri

 Limpahan jemaah dalam surau sampai ada yang duduk di kawasan berwuduk (kawasan berpetak biru-merah)

 Kawasan kaki lima hadapan surau 

 Ni kat luar surau ni..kat kaki lima depan tangga, ish3..semangat betul diorang datang sampai sanggup duduk kat luar surau sebab dalam dah penuh


Keadaan di dalam surau al irfan di UMT yang dipenuhi jemaah

Salam awal muharram!!!  Semoga tahun baru islam ni menjadi tahun yang jauh lebih baik berbanding tahun yang sebelumnye bagi semua pelajar islam UMT….insyaAllah….tahun ni sambutan untuk malam tahun baru islam SANGAT hebat & dahsyat..huhu…(& men'jeles'kan hati buat yang tertinggal..huu…isk3). Melimpah-limpah jemaah yg hadir untuk menyambut malam yg istimewa ni….Inilah pertama kali penulis tengok fenomena macam ni di surau umt…semoga ade manfaatnye bg mereka yg hadir…:)

Pantai Tok Jembal dalam kepupusan....

Pantai tok jembal ni memang tempat paling paling fevret budak umt lepak….sebab dekat aje pon, jalan kaki pon dah boleh sampi dari asrama umt…..boleh ambil angin……tengok keindahan alam…makan2 kat gerai…popular spot untuk berendut pon iye jugak…isk3….baru-baru ni taman permainan pon ade ditambah jugak dekat sini……(bolelah kalau nak main-main mgenang kembali nostalgia masa jadi budak-budak dulu- pengalaman sebenar penulis..hehe). Agak-agak time tengah stress lepas study atau boring-boring nak cuci mata tu memang kesini la biasanya pelajar-pelajar umt pergi…(pilihan utama bile poket kempis sebab pergi pantai ni free je - kalau tak ke Mydin atau Giant ler jawabnya huhu) 

TP……………………………………

Tak tahulah sampai bila keadaan ni boleh kekal…… :’( kuasa alam….tiada siapa dapat mengawalnye…….pantai UMT kegemaran ramai ni sedang dilanda ancaman hakisan pantai.....sedikit demi sedikit kawasan pantai dah dihakis & dimakan laut.....mungkin satu hari nanti, tiada lagi dah kawasan pantai UMT ni....sape tahu? Lihatlah dunia........:

Tergolek dah haa pondok kat belakang nu..macam pondok mainan pulak boleh senget-senget...huhu


Pantai Tok Jembal sebelum hakisan pantai.....perhatikan keadaan pondok sebelum hakisan.....


Keadaan pondok selepas hakisan.....


Inilah keadaan sebahagian dari pondok yang ade di pantai tok jembal yang dah ditenggelami air….dahsyat2…moga2 lepas ni kuranglah sikit pasangan 'couple' yang berdating kat pondok-pondok kat pantai tu..hehe….kalau boleh biar diorang takut terus nak ber'dating' kat pantai...mugkin ini kot salah satu hikmah kejadian alam ni….:p

Semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari alam sekeliling sehari-hari….

Dunia ni akan hancur jugak satu hari nanti........hanya masa yg menjadi pengukur….............mungkin ni salah satu tandanya? fikir-fikirkan..

Tuesday 22 November 2011

KaMi BanGga JaDi RakYat MaLaySia.....

              2 hari lepas,  22.11.11 merupakan hari kemenangan buat Malaysia melalui perlawanan Sukan Sea ke XXVI apabila negara kita berjaya menewaskan pasukan garuda dari Indonesia..Perlawanan berlanggsung di Stadium Gelora Bung Karno. Skuad Harimau Muda telah menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti. Kejayaan ini telah menyumbangkan satu pingat emas bagi skuad Malaysia..

                         Walaupun kami tidak menyaksikan perlawanan tersebut melalui kaca television mahupun pergi ke stadium tersebut tetapi kami mengikuti perkembangannya melalui laman seasawang iaitu muka buku,..he3..Kami menjadi semangat apabila terdengar sorakan dari pelajar UMT sendiri....Sorakan yg kuat kedengaran di Kolej Kediaman membuatkan kami seperti berada di Stadium..he3..

                          Kami berasa bangga dengan penjaga sensasi gol kita iaitu Mohd Khairul Fahmi Che Mat kerana berjaya menjarigkan gol dan melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut..






p/s: Tahniah buat Malaysia...